
Ramadhan bakal pergi dalam beberapa jam lagi.... perasaan... x tahu nak kata.. gembira sebab nak beraya... sedih nampaknya tak banyak kemajuan dari segi ibadah tetapi pada ku ianya lebih baik dari tahun sebelumnya.. alhamdullilah...namun rententan dari Ramadhan ada target aku yg belum tercapai...harap lepas ini aku dapat teruskan dgn lebih istiqamah...insyalllah.
Anakku berjaya puasa dengan baik.. adalah tertinggal sehari dua atas sebab sebab yg di maafkan.
Biasa sebelum ini dia x dapat menahan kerana gara-gara penyakit astma yg kerap menyerang(dia mengada-gada pun yea), tapi tahun ini doaku dimakbulkan Allah dan dilalui dengan baik...x kisah la kan puasa budak2 padaku ianya lebih kepada latihan spiritual yg perlu dilalui sehingga mereka benar2 memahami erti puasa sebenar.
* Kucing ni namanya comot... agak sedih kerana terpaksa tinggal kan dia jaga rumah masa raya ni... kesian dia biasa memang duduk di luar jadi guard... itu aksi manja dia bila dpt masuk rumah...mesti naik atas sofa atau katil...dia ada bilik sendiri yer...

Gambar ni adalah di siang hari cuti weekend.... dia nak tembak aku sebab x kasi dia buka....
Sebagai isteri ramadhan kali aku cuba menunaikan kewajipan rutin utk menyediakan juadah berbuka dan sahur ala kadar tetapi kekadang aku jugak ikut nafsu bila pergi ke warung kuih... ada la sekali dua jadi habuan tong sampah..... hmmmm.. ala memasak kan senang campak2, sumpah xde la aku cuba pun mengikut sangat resepi2 yg terjangkau akal dan kemampuan...walaupun selalu aku jengah blog masakan yg femes2 berangan nak cuba ada la..
lagipun mereka ni suka makan yg biasa makan je... kalau pelik2 payah sikit... tapi aku x aku suka cuba apa sahaja....
Masakan yg paling kerap masak tahun ini ialah Sambal Sotong Hijau(xde gambar).. ini memang kegemaran anak dan suami... rasanya pedas gile. Kat bawah ni adalah Ayam Sambal Hijau pendek kata memang hijau kalau masak apa pun.... Exceli ini adalah tradisi keluarga mentua ye kalau belah family aku xdo camni....
Manakala minuman yg kerap di buat adalah sehat ok iaitu Jus Epal.
So lebih kurang macam ni la table set kami tiap kali berbuka sepanjang bulan pose ni...kekadang xde kuih pun... apa pun yg penting adalah serba sederhana.
Moge Ramadhan ini kami sekeluarga mendapat RahmatNya.