Tuesday, October 12, 2010

Kuih kasui vs puding cocktail

Ni kejadian petang sabtu dan pagi ahad lepas akibat terrajin sekejap.
Puding cocktail ni buat utk suka2 sebab hari ni kan 10 10 10.

So puas la anak makan sebab masa opeh house aritu dia x makan pun sebab teruja bermain dengan sepupu sepapat.
Buat agak byk dan kasi adik ku kerana anak dia amat la minat makan mende ni.

Senang je nak buat....

Puding :

1 cwn tepung kastard
1 1/2 cwn air
1/2 tin susu cair
secubit garam
1/2 cwn gula

Bancuh dlm periuk kacau sampai larut, naik atas api perlahan kacau sehingga likat...
Sejukkan.

Kuah

1 tin susu cair - ideal
1 tin air
5 sudu besar gula
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard

Bancuh semua, naik atas api perlahan , kacau sampai didih.

Cara menghidang

Potong kiub puding tadi dan campur semua buah2an campuran. Tuang kuah , letak ais... bila dh sejuk boleh la di mulakan dengan Bismilllah kalau rajin baca la doa makan.


Petang sabtu pulak adalah kuih cubaan pertama utk kukus yg dah berusia 8 tahun x pernah pakai utk buat kuih dr air tangan sendiri ... alangkah jahil. So hasil agak memberansangkan la mungkin akan lebih baik kalau di cuba buat lagi...
So petang tu kawan2 basikal anak menyinggah dan abis di makan mereka....Ni la tinggal balance pagi ahad .... dah di bereskan pun.

No comments: