Tuesday, October 26, 2010

5 perkara

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha untuk mendapatkannya :-
  1. 1.Wajah yang cantik
  2. 2. Duit yang banyak
  3. 3. Kesihatan yang baik
  4. 4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya
  5. 5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
Cara senang untuk mendapatkannya , Kata Nabi Muhammad s.a.w. ; siapa yang tinggalkan Solat Subuh tiadalah padanya Nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan Solat Zohortiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan Solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan Solat Maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan barang siapa yang tinggalkanSolat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. ( Sampaikanlah daripada Nabi Muhammad s.a.w itu walaupun satu ayat)
" Allah s.w.t tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Surah Al- Baqarah ayat 286. Dipetik dari blogger http://irosli63.blogspot.com

Tuesday, October 12, 2010

Kuih kasui vs puding cocktail

Ni kejadian petang sabtu dan pagi ahad lepas akibat terrajin sekejap.
Puding cocktail ni buat utk suka2 sebab hari ni kan 10 10 10.

So puas la anak makan sebab masa opeh house aritu dia x makan pun sebab teruja bermain dengan sepupu sepapat.
Buat agak byk dan kasi adik ku kerana anak dia amat la minat makan mende ni.

Senang je nak buat....

Puding :

1 cwn tepung kastard
1 1/2 cwn air
1/2 tin susu cair
secubit garam
1/2 cwn gula

Bancuh dlm periuk kacau sampai larut, naik atas api perlahan kacau sehingga likat...
Sejukkan.

Kuah

1 tin susu cair - ideal
1 tin air
5 sudu besar gula
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard

Bancuh semua, naik atas api perlahan , kacau sampai didih.

Cara menghidang

Potong kiub puding tadi dan campur semua buah2an campuran. Tuang kuah , letak ais... bila dh sejuk boleh la di mulakan dengan Bismilllah kalau rajin baca la doa makan.


Petang sabtu pulak adalah kuih cubaan pertama utk kukus yg dah berusia 8 tahun x pernah pakai utk buat kuih dr air tangan sendiri ... alangkah jahil. So hasil agak memberansangkan la mungkin akan lebih baik kalau di cuba buat lagi...
So petang tu kawan2 basikal anak menyinggah dan abis di makan mereka....Ni la tinggal balance pagi ahad .... dah di bereskan pun.

Sotong sambal cili api...dan baung salai lomak rebung



Menu hari sabtu .... ini lah sotong sambal cili api favorite my son lately, kalau sambal ni haruslah 2 pinggan penuh dia makan.

Baung salai tu jarang2 didapati kerana berasal dari negara seberang. Abang ipar yg kasi tempohari. Sedap juga kalau kena dgn selera. Tp baung fresh masak asam rebus x leh la lawan yg ini.


Sambal belacan tu adalah dari lada kering...selalu orang2 tua aje yg suka buat sambal belacan macam ni...esp my late mother dan mak mertua, kalau mak mertua dia suka lawan dgn sayur rebus, memang best la cuma susah sikit nak menumbuknya.

Tuesday, October 5, 2010

Menu lepas raya lagi.....Sambal sardin cili api....




Ni pulak sambal sardin cili api. Cara membuatnya blend kosong semangkuk cili api utk rasa yg pedas gile. Tumis sampai garing masukkan bawang besar potong , dah layu bawang masuk sedikit perahan asam jawa + secubit belacan. Agak kering masukkan sardin, sebelum tu buang 3/4 sos dlm sardin yea. Ini kerana kurang mengancam kalau byk sgt sos dia.

Anda cubala pasti habis seperiuk nasi. Ni pulak lawan dia , agak optional la sebab sayur adalah baik utk kesihatan walaupun pada dasarnya kombinasi yg agak janggal. Sayur ini utk ratah dah hirup sahaja. Sup sayur ini direbus sahaja bersama perasa ikan bilis, bwang putih dan merah dan cili besar.
Turut menyerikan ialah ikan masin kembung.


Sambal sardin ini juga telah di kerjakan bersama lempeng putih pagi tadi itupun setelah memikirkan x sedapnya nak sarap quaker oat dan buat lempeng hanya lebih kurang 5 minit sahaja. Lagipun quaker oat bukan la pilihan sarapan dari umur setahun sehingga telah dewasa ini.


Menu lepas raya..Sepat masin bercili


Rasa penin dan muak makan ayam dan daging makanyer ikan masin la jadi sasaran. Balik kerja tempohari ini la menu yg terlintas. 2 ekor sepat jadi mangsa dan terselit di situ kembung masin sebagai pelengkap.

Ini pulak lawan dia .... sup kentang campur pucuk dan sohun, kena pulak dgn kembung bakar cicah budu perah limau nipis... perghh berpeluh den makan... oghe kelate pun boleh nganga tengok den make budu......



Syawal juga hampir pergi....

Diam x diam dah nak habis syawal, ada balen dalam 3 hari lg, bermakna belum abis lagi program makan2. Begitu la istimewa nya raya.. puasa sebulan raya pun nak sebulan. Apa pun itu semua rejeki dari Allah utk kita nikmati bersama di samping x lupa kepada yg memerlukan.



Raya tahun ini adalah amat sederhana dan biasa2 aje....Sempat bergambar kenangan dengan kedua ibu bapa sebagai kenangan di masa akan datang. Walau apa pun raya tetap kurang bermakna bila mak dah tiada. Walaupun pemergiannya sudah hampir 11 tahun namun kehilangannya tetap di rasai di hari2 yg bermakna ini. Semoga mak di tempatkan di kalangan orang yg beriman dan berehat di antara taman-taman di syurga,

Open house di sana sini, x ketinggalan aku jugak buat utk saudara mara, jiran dan sebilangan sahabat. Gembira rasa hati bila dpt bertemu kembali rakan2 lama yg lama x jumpa, semoga ikatan persahabatan berkekalan hingga selamanya.

Semoga dapat bertemu lagi Ramadhan dan Syawal akan datang, insyaAllah.