
Ni pulak sambal sardin cili api. Cara membuatnya blend kosong semangkuk cili api utk rasa yg pedas gile. Tumis sampai garing masukkan bawang besar potong , dah layu bawang masuk sedikit perahan asam jawa + secubit belacan. Agak kering masukkan sardin, sebelum tu buang 3/4 sos dlm sardin yea. Ini kerana kurang mengancam kalau byk sgt sos dia.
Anda cubala pasti habis seperiuk nasi. Ni pulak lawan dia , agak optional la sebab sayur adalah baik utk kesihatan walaupun pada dasarnya kombinasi yg agak janggal. Sayur ini utk ratah dah hirup sahaja. Sup sayur ini direbus sahaja bersama perasa ikan bilis, bwang putih dan merah dan cili besar.
Turut menyerikan ialah ikan masin kembung.

Sambal sardin ini juga telah di kerjakan bersama lempeng putih pagi tadi itupun setelah memikirkan x sedapnya nak sarap quaker oat dan buat lempeng hanya lebih kurang 5 minit sahaja. Lagipun quaker oat bukan la pilihan sarapan dari umur setahun sehingga telah dewasa ini.
No comments:
Post a Comment